Diablo 4 merupakan permainan bergenre hack-and-slash bercita-cita besar oleh Blizzard yang telah dilancarkan pada 6 Jun 2023, dan permainan ini telah mendapat kritikan hebat atas kualiti yang tidak setara dengan tag harga.
Ditambah pula sejak permainan ini dilancarkan, pemain telah membuat laporan bahawa terdapat beberapa bug yang ketara. Antaranya rubber banding iaitu pergerakan pemain seolah-olah diikat dengan gelang getah, end game build yang tiada variasi dan masalah late game yang tidak menarik. Perkara ini telah menyebabkan bilangan pemain menurun dari Season 1 hingga ke Season 3.
Namun begitu, Blizzard telah membuat rombakan besar-besaran bagi memuaskan hati pemain terutama bagi end game dengan Season 4: Loot Reborn. Dalam Season 4, pemain didedahkan dengan mekanik end game yang baharu. Bermakna, pemahaman pemain yang telah berjaya mencapai level 100 bagi Season sebelum ini dengan season yang terkini adalah sangat berbeza. Seolah-olah Diablo 4 telah dilahirkan semula.
Antara perubahan yang menjadi bualan pemain Season 4 adalah perubahan pada Helltide, pengenalan sistem Tempering dan Masterwork, legendary aspect yang disimpan terus ke dalam codex setelah salvage (ini sangat menjimatkan ruang stash pemain!).
Dengan perubahan yang diperkenalkan dalam Season 4, Diablo 4 kini sudah memasuki fasa Arc Redemption. Ramai pemain telah memberi maklumbalas yang baik bagi season Loot Reborn ini. Game ini telah berjaya menawan semula hati pemain yang rata-rata tidak berpuas hati dengan pengenalan mekanik permainan separuh masak dalam season-season sebelum ini.
Saya sendiri telah mempunyai dua character yang telah sampai max level iaitu level 100, Werenado Druid dan Heartseeker Rogue. Secara peribadi saya turut berpendapat bahawa Diablo 4 Season 4 ini merupakan season yang terbaik yang dihasilkan Blizzard setakat ini.
Diharap penambah baikan akan terus dibuat dan seterusnya berjaya menjadikan francais Diablo terus unggul di hati peminat-peminat genre hack-and-slash.
Oh ya, jangan lupa untuk sertai ulang tahun Diablo 4 pertama pada 6 Jun 2024 nanti dengan acara khas March of the Goblin!
P/S: Base game di Steam dan Battle.net mungkin agak mahal bagi pemain di Malaysia. Anda boleh mendapatkan game ini dengan harga yang jauh lebih murah dengan langganan XBox PC Game Pass dengan hanya RM 15 sebulan!